Pimples!
Wednesday, 18 April 2012 | 08:38 | 0 comments
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh
Huh? apa yang kelakarnya? okaylah, tanpa buang masa bercakap melalut benda yang mengarut, aku nak share something yang girls semua nak sangat tahu. about pimples! here you go..
LOKASI JERAWAT DAN PUNCANYA
1. Dahi - Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Biasanya je. Pupuk tabiat tidur awal, and bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak.
2. Hidung - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.
3. Dagu - Fungsi buah pinggang terjejas atau endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
4. Pipi kiri - Fungsi hati mungkin kurang lancar dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
5. Pipi kanan - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
6. Pada badan (belakang & depan) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikut piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
MAKANAN PENCEGAH JERAWAT
1. Sayur dan buah-buahan dengan kadar air tinggi
Sayuran dengan kadar air tinggi boleh membantu mengurangkan kemunculan jerawat. Air merupakan kunci untuk menghentkan penyumbatan dan membuang racun yang boleh menyebabkan jerawat. Oleh itu, perbanyakkanlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berkadar air tinggi seperti mentimun, semangka, lobak merah, kiwi, dan tomato.
2.Tiram
Makanan ini memang diketahui mampu menyembuhkan jerawat kerana kandungan zincnya yang tinggi. Zinc membantu mengawal pelepasan hormon melawan jerawat.
3. Yogurt
Kandungan bakteria baik pada yougurt boleh membantu mencegah munculnya bakteria jahat pencetus pembentukan jerawat. Lebih baik jika anda mengambil yogurt tawar dan tambahkan hirisan buah segar seperti pisang atau epal.
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh
Thanks for reading this entry!